Changkat Jong Petunjuk Maruah Amanah. Berani Lawan Tuan Besar ke?
Bukan sekali PAN terciduk dalam situasi begini. Banyak kali sangat dah. Setiap kali berlaku perebutan antara PAN dan DAP, PAN pasti akan mengalah. Hormat Abang Busat. Tokey ma.. mana boleh lawan. Lu langsi, Lu mati maaa!!!
Hampir Semua Rakyat Malaysia tahu bahawa PAN akan terpaksa dengan rela melepaskan kerusi kepada DAP. PAN tak pernah mampu mempertahankan maruah mereka. Lawan mata DAP pun PAN tak berani, apatah lagi maruah mereka. Selamanyalah mereka akan tersingkir dan disisihkan serta ditapakkakikan.
Kalau tak mampu memliki kerusi Changkat Jong Perak, sebaiknya bubar jelah. Tak perlu ada parti dan presiden sendiri kalau asyik mengalah je. Nampak macam gah sangat rupanya budak suruhan sama macam rejimen ke10 Parti Komunis Malaya.
Wahai sekelian ahli PAN, bertindaklah dan buat sesuatu. Tak Kan nak biarkan diri sentiasa dibuli. Dah la Rakyat tak nampak jasa kalian, jati diri dan maruah pun tak mampu dipertahan, apatah lagi bangsa dan agama yang kita dimuliakan. Korang akan dikenang oleh Rakyat Malaysia sebagai khadam abadi.