• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

‘Berdoa untuk bercerai,’ Ustaz Dusuki tegur Puteri Sarah

Jun 15, 2023
Spread the love

Ustaz Ahmad Dusuki baru-baru ini ada membuat satu hantaran di Instagram yang menegur pelakon Puteri Sarah berhubung kes perceraian bersama pengarah Syamsul Yusof.

Dalam hantaran tersebut, pendakwah itu memberi nasihat kepada orang ramai agar berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga daripada berakhir dengan perceraian jika terdapat konflik dan masalah.

Ustaz Ahmad Dusuki juga memuat naik tangkap layar sebuah artikel berita yang memaparkan Puteri Sarah mengeluarkan kenyataan bahawa dia berdoa supaya diceraikan.

Berusahalah untuk kebaikan kemudian berdoalah kepada Allah, sebaiknya berusahalah menyelamatkan setiap ‘masjid’ yang dibina dari kehancuran.

Kerana kehancuran ‘masjid’ itu memberi kejayaan kepada syaitan di atas setiap perancangan mereka, kita pula berusaha menyelamatkan binaan yang indah ini.

Dia dalam pada itu turut meninggalkan pesanan kepada umat Islam agar tidak terlalu melayan gangguan syaitan dan emosi dalam membina keluarga mukmin.