• Sun. Oct 1st, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

“Berhentilah berbohong, tak takut ke nak jumpa Allah nanti” – Exco UMNO Melaka

Mar 31, 2023
Spread the love

Melaka: “Bukan sebab jawatan. Kalau sayang jawatan saya akan diam. Rezeki Allah yang menentukan,” tegas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Beliau ditanya rasional kenyataannya mengenai isu ‘Ketua Menteri pintu belakang’ seperti dilaporkan portal berita yang dikaitkan berpunca desas-desus dirinya bakal digugurkan sebagai Exco.

Muhammad Jailani mendakwa beliau mengetahui punca sebenar Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu melepaskan jawatan Ketua Menteri adalah kerana ‘paksaan’ dan bukan sebab lain termasuk masalah kesihatan dan bagi melancarkan pentadbiran.

“Kenyataan saya dikatakan menjejaskan kestabilan kerajaan, tapi adakah peletakan jawatan ini mengukuhkan kerajaan?

“Tujuan (peletakan jawatan) untuk melunaskan pentadbiran kerajaan adalah paksaan.

“Sulaiman bukan jenis orang yang melawan. Jika dikatakan alasan sakit, saya juga ada sakit, tapi sakit dihidapi beliau (Sulaiman) tidaklah sampai menghalangnya menjalankan tugas (Ketua Menteri).

“Berhentilah tipu rakyat. Sulaiman tahu dan saya tahu, mereka yang terbabit mempertahan dan yang menjatuhkan beliau juga tahu,” katanya dihubungi di sini.

Muhammad Jailani mendakwa beliau dan barisan Exco juga tidak dibawa berbincang berhubung cadangan menamakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri ke-13.

“Saya bukan ‘pak turut’, benar kata benar. Benda tak benar saya tak akan sokong demi Allah untuk agama, bangsa dan negara.

“Nasihat saya pada kepimpinan di peringkat nasional juga di peringkat negeri Melaka‚Ķkita orang Melayu, kita orang Islam kita sedang berpuasa.

“Sudah-sudah lah, berhenti berbohong tak takut ke tak lama lagi nak jumpa Allah,” katanya lagi sambil memaklumkan akan mengadakan sidang media khas petang ini.

Beliau juga mengesahkan tidak akan menghadiri istiadat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Ketua Menteri Ke-13 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama di sini, jam 3 petang ini.

  • HM