PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat bagi memastikan telah berlaku kekosongan luar jangka membabitkan empat kerusi Parlimen di Sabah.
Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata ia membabitkan empat daripada ahli Bersatu yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) 19 November lalu dengan menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
pada 2 November lalu.
“Bagaimanapun, pada 10 Disember 2022, Hajiji telah membuat satu kenyataan media yang menyatakan bahawa kesemua pemimpin Bersatu Sabah telah keluar daripada parti itu,” katanya.
Jelasnya, tindakan empat Ahli Parlimen terbabit duduk di blok kerajaan pada sidang Parlimen lalu dan tidak menyokong Bersatu merupakan tindakan ‘crossing the floor’ serta melanggar janji pilihan raya kepada pengundi.
“Justeru, keahlian mereka sebagai ahli Bersatu telah gugur mengikut perlembagaan parti dan perkara ini telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 21 Disember 2022.
“Menurut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan, ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat dan kerusi mereka hendaklah dikosongkan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Beluran.