• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

BERSATU senaraikan ‘siri jenayah’ skandal insurans INSAN Selangor

Aug 27, 2023
Spread the love

Bersatu menggesa pihak berkuasa menyiasat bagaimana jutaan data peribadi penduduk Selangor digunakan tanpa persetujuan mereka untuk didaftarkan ke dalam skim insurans melalui syarikat swasta, menyifatkan pendedahan baru-baru ini sebagai “siri jenayah terbesar” di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA).

Biro Perlembagaan dan Undang-undang parti itu juga mempersoalkan cara data itu digunakan selepas ia diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya, seperti yang diakui oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berikutan kemarahan orang ramai selepas mengetahui nama mereka disenaraikan untuk Skim Insurans Hayat Selangor (Insan) oleh sebuat syarikat swasta yang dilantik menguruskan program tersebut.

“Pelaksanaan skim itu sangat dicurigai dan penuh dengan tindakan menyalahi undang-undang,” kata Sasha Lyna Abdul Latif, timbalan pengerusi Biro Perlembagaan dan Undang-undang Bersatu, dalam satu kenyataan hari ini.

“Pihak berkuasa mesti menyiasat pelanggaran FSA yang jelas dan mengambil tindakan pendakwaan tidak kira siapa atau setinggi mana kedudukan mereka yang bertanggungjawab,” tambahnya.