• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

BERSATU yakin PN mampu sapu semua kerusi pada PRN Kelantan

Mar 2, 2023
Spread the love

Bersatu Kelantan meletakkan keyakinan bahawa Perikatan Nasional (PN) mampu menawan semua 45 kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Pengerusinya Kamaruddin Md Nor berkata sasaran itu tidak mustahil boleh dicapai berdasarkan momentum sokongan pengundi terhadap PN pada PRU15 lalu.

“Gelombang sokongan rakyat terhadap PN sudah dibuktikan pada PRU15 khususnya di Kelantan apabila kita berjaya menang di kesemua 14 kerusi parlimen.

“Jadi bagi PRN kita dengan menjadilan PRU lepas sebagai penanda aras, tidak mustahil kita boleh saou bersih kesemua kerusi DUN dalam PRN nanti,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai persediaan PN Kelantan dan sasaran parti itu menjelang PRN yang dijangka berlangsung antara Jun dan Julai nanti.

Kelantan ditadbir PAS sejak tahun 1990 sekali gus dikenali sebagai kubu kuat pembangkang ketika era pemerintahan BN di peringkat pusat.

Pada PRU14 lalu PAS menang di 37 kerusi DUN berbanding lapan dimenangi Umno.

Sementara itu Kamaruddin berkata, dengan prestasi semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan BN pihaknya yakin sokongan terhadap PN akan berterusan.

“Rakyat sudah semakin sedar dengan prestasi buruk kerajaan persekutuan yang ada sekarang, jadi tidak mustahil kita akan ulangi kejayaan seperti mana PRU lalu pada PRN nanti.

“Tetapi sudah tentu kita perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan besar sekali lagi,” katanya.

Ditanya mengenai agihan kerusi antara parti dalam PN katanya, perkara itu masih dalam proses dan diharap akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Agihan kerusi belum selesai sepenuhnya, kita harap ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat supaya gerak kerja dan persediaan berdepan PRN dapat dibuat lebih awal,” jelasnya