• Sun. Dec 8th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

“Biarlah, judikan untuk orang bukan Islam” – Yayasan An Nabawi

Jan 5, 2023
Spread the love

“BIARLAH, JUDI KAN UNTUK ORANG BUKAN ISLAM”
.
Walaupun judi telah diharamkan secara jelas didalam Al-Quran. Namun, ia bukanlah perkara asing berlaku di Malaysia. Banyak premis judi berlesen yang pernah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini. Yang paling menyedihkan orang Islam turut terlibat dalam kegiatan judi sehingga meruntuhkan institusi kekeluargaan.
.
Baru-baru ini Kerajaan Negeri Kedah telah menarik semula lesen judi di Negeri Kedah. Keputusan ini adalah mengikut kepada landasan Islam. Firman Allah S.W.T:

وَلْتَكُنْ مِّنْكُمْ اُمَّةٌ يَّدْعُوْنَ اِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ.

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan manusia yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang maaruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”.
(Aali Imran: 104)
.
Semoga lebih banyak lagi pintu-pintu kemaksiatan dapat ditutup di bumi Malaysia.