• Fri. Oct 4th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

BN ibarat ‘menang sorak kampung tergadai’ – Pemuda UMNO Kapar

Aug 17, 2023
Spread the love

SHAH ALAM – Kemenangan Kerajaan Perpaduan yang berjaya mengekalkan status quo pada pilihan raya negeri (PRN) lalu, ia disifatkan sebagai ‘menang sorak kampung tergadai’ kepada Barisan Nasional (BN) setelah parti itu kalah di 89 kerusi Dewangan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Pemuda UMNO Kapar, Mohd Affifi Mohd Aris berkata, ini kerana, pada awalnya, ahli UMNO dimomokkan dengan penggabungan BN-PH akan menguntungkan dengan formulasi, PH akan menguasai negeri-negeri di Pantai Barat dan UMNO (BN) akan menguasai negeri-negeri di Pantai Timur.

Namun menurutnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila gabungan BN-PH ditolak oleh pengundi walaupun dengan laungan perpaduan.

“Ini membuktikan, formulasi ini hanya angan-angan mat jenin bagi BN-PH, kecuali bagi Parti Demoktarik Rakyat (DAP) yang bertanding di 47 DUN dan memenangi 46 kerusi.

“Hakikatnya, DAP semakin kukuh, yang lemah adalah UMNO (BN). Saya tertanya, adakah DAP tidak akan mempersoal Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa UMNO menjadi liabiliti kepada Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim?

“Atau liabiliti ini hanya melibatkan individu sahaja di dalam UMNO yang menyebabkan PMX terpaksa membuat pilihan baharu pada masa akan datang demi memastikan rakyat kembali yakin kepada PMX,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, apa yang berlaku merupakan satu isyarat jelas daripada rakyat Malaysia tentang penolakan UMNO-BN pada masa kini, lebih sesuai ditakrifkan sebagai manifestasi rakyat terhadap parti itu.

Justeru, katanya BN perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk kembali bangkit menjadi dominasi seperti dahulu yang pernah dilabel sebagai ‘The Longest Serving Party in Democratic World’.

  • Sinar Harian