• Tue. Nov 12th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Bon Odori: Pemuda PAS Perak sekolahkan Nga Kor Ming

Spread the love

IPOH, 12 JUN 2022 – Hangat isu tentang sebuah perayaan atau tarian kebudayaan masyarakat Jepun yang dinamakan Bon Odori. Isu ini telah tersebar di banyak platform media sosial dan menjadi tanda tanya sama ada boleh hadir festival tersebut atau tidak?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad telah mengeluarkan satu kenyataan menasihat umat Islam supaya tidak menyertai program Festival Bon Odori yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai ini kerana ia mengandungi unsur agama lain.

Dalam satu kenyataan lain, pemimpin DAP Nga Kor Ming pula cuba menghasut dengan berkata sekiranya rakyat mendiamkan diri mengenai kenyataan Idris itu, beliau bimbang lebih banyak perayaan akan akan dikaitkan oleh menteri itu kelak.

Sehubungan dengan itu Muhammad Rifaat Razman juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Lenggong menulis menerusi facebooknya menyelar kenyataan berbaur hasutan dari pemimpin DAP itu

“Orang Islam diajar berpolitik bukan sekadar untuk berebut kuasa demi menjaga kepentingan duniawi peribadi dan kelompok.

Orang Islam diajar berpolitik untuk mendapatkan kuasa demi menegakkan ajaran Islam dan mengurus kehidupan dunia berpandukan petunjuk syarak.

إقامة الدين و سياسة الدنيا به.

Dengan Islam, semua dapat hidup harmoni, aman sentosa, in sya ALLAH.

Apabila ada orang yang berjuang demi menyambung usaha para Nabi dalam menjaga, mempertahankan mengamalkan dan melaksanakan Islam, syaitan dan pengikutnya memang akan menggelupur.

یُرِیدُونَ لِیُطۡفِـُٔوا۟ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ (8) هُوَ ٱلَّذِیۤ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِینِ ٱلۡحَقِّ لِیُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّینِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ (9)
[Surah As-Saff: 8-9]

Maksudnya:

8- Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya ALLAH (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang ALLAH tetap menyempurnakan cahaya-NYA, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

9- DIA lah yang telah mengutus Rasul-NYA (Muhammad ﷺ) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya DIA memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang musyrik tidak menyukainya.”