• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Bursa Malaysia bermula lemah minggu ini

Feb 27, 2023
Spread the love

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia didagangkan secara berhati-hati pada sesi awal pagi ini di tengah-tengah kelemahan ekuiti Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.08 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.80 mata kepada 1,456.00 daripada 1,456.80 ketika mengakhiri dagangan pada Jumaat minggu lalu.

Indeks utama dibuka 0.76 mata lebih rendah untuk mencatatkan paras 1,456.04.

Di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 199 berbanding 174, manakala 251 kaunter tidak berubah, 1,617 tidak diniagakan dan 70 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 334.75 juta unit bernilai RM102.06 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup lebih rendah pada Jumaat minggu lalu berikutan kebimbangan mengenai inflasi yang kian meningkat.

Ini adalah susulan pengeluaran indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi yang lebih tinggi daripada jangkaan, sekali gus boleh menyebabkan Rizab Persekutuan (Feb) mengekalkan rejim kadar faedah tinggi yang lebih lama.

Purata Perindustrian Dow Jones merosot sebanyak 337 mata, manakala Nasdaq kerugian 195 mata apabila hasil 10 tahun AS kekal pada 3.95 peratus.

Sementara itu, indeks utama dijangka berlegar dalam julat 1,455 hingga 1,465 hari ini dengan minat tertumpu pada sektor bank, pembinaan dan telekomunikasi.