• Fri. Jun 2nd, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Calon Perikatan Nasional mendahului di Padang Serai

Dec 7, 2022
Spread the love

UNDIAN bagi pilihan raya Parlimen Padang Serai menunjukkan Perikatan Nasional (PN) sedang mendahului Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti lebih 6,000 undi.

Kiraan undi tidak rasmi setakat jam 9 malam ini menyaksikan calon PN Datuk Azman Nasrudin di tempat pertama dengan perolehan 21,664 undi, diikuti tempat kedua calon PH Dr Mohamad Sofee Razak memperolehi 14,736 undi.

Calon Barisan Nasiona (BN) Datuk C Sivaraajh yang telah menarik diri bagi memberi sokongan kepada PH, meraih 1,490 undi, meletakkan beliau di tempat ketiga dalam saingan enam penjuru itu.

Pilihan Raya di Parlimen Padang Serai yang sepatutnya berlangsung pada 19 November ditangguhkan pada hari ini susulan kematian calon di Parlimen itu.

Calon M Karupaiya daripada PH, meninggal dunia pada 16 November dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Perebutan kerusi Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon PH Dr Mohamad Sofee, Sivaraajh (BN), Azman (PN) dan Hamzah Abd Rahman (Pejuang).

Dua lagi pencabar ialah Mohd Bakhri Hashim, mewakili Warisan, dan calon Bebas iaitu Sreanandha Rao