Cara Tukar Duit Raya RM10, RM20 & RM50 Di Mesin ATM
Perkongsian ini telah dibuat oleh Saudara Mohd Shukor di Facebook beliau. Caranya adalah seperti berikut:
1. Pergi ke Maybank cawangan tertentu sahaja. Rujuk gambar di bawah untuk senarai bank.
2. Pilih ATM yang mempunyai lambang atau signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu (seperti gambar).
3. Semua duit dalam mesin ATM ini adalah duit kertas nota RM10 dan duit raya baru. Jadi hanya tekan withdraw dan pilih amount.
4. Maximum amount per transaction adalah RM300. Jadi kalau nak 60 keping nota RM10 yang baru, kena buat dua kali transaksi
5. Ok dah siap. Mudah sahaja kan. Sampul duit raya pula boleh minta dekat pegawai yang jaga kaunter depan tu.
Senarai ATM Raya 2021 Maybank.
Berikut adalah senarai mesin ATM terpilih yang menawarkan perkhidmatan Raya ATM bagi tahun 2021. Untuk tahun 2022 akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Mudah sahaja kan nak tukar duit raya di mesin ATM ni. Yang pentingnya tak payah bersesak-sesak tunggu lama dan boleh pergi bila-bila masa sahaja tak perlu tunggu waktu bekerja. Boleh lah share pada orang lain agar dapat memudahkan urusan mereka.