Menyokong Sivarasa Rasiah bidas Speaker Dewan Rakyat tolak usul bincang milikan saham Ketua SPRM Azam Baki bernilai Rm4.2 juta dalam syarikat tersenarai. Walaupun terlambat namun usaha Siva bawa isu ini ke dewan bagus dan berkongsi kekecewaan usul ini ditolak Speaker.
Isu milikan harta Azam Baki ini telah dibangkitkan oleh beberapa akaun media sosial lama sudah termasuk saya sendiri sudah menerbitkan posting berkaitan termasuk bukti dokumen milikan. Poaying saya Oktober lepas siarkan dokumen milikan saham Azam Baki klik
https://www.facebook.com/330750857632133/posts/859676458072901/
Namun usaha Siva itu disifatkan hanya menangguk di air yang keroh kerana isu berkaitan Azam Baki ini harus ditangani secara menyeluruh. Saya sendiri sudah memaklumkan ramai pemimpin pusat PKR termasuk Anwar sendiri mengenai korupsi yabg berlaku di NS termasuk diyakini Azam Baki terlibat menutupnya. Exco Kerajaan NS, YB Datuk Dr Rafaei juga pernah dedahkan dalam sidang medianya. Rakaman sidang media Dr Rafaei sila klik
Beberapa kes korupsi meletup sedikit masa lalu khususnya libatkan Yayasan Negeri Sembilan yang keyika itu diterajui oleh kawan MB sendiri. Ghazali atau dikenali sebagai Datuk G dilantik tanpa tapisan keselamatan pun sehingga dia berjaya memakai gelar Datuk palsu kerana hubungan baiknya dengan MB. Dia terlibat banyak tuduhan penyelewengan. Namun ketika siasatan SPRM dikemuncak kes ini disenyapkan dengan pegawai yang mengetuai siasatan SPRM ditukar. Datuk G menghilang.. tiba – tiba adik ipar Azam Baki dilantik mengetuai Yayasan NS dan beberapa jawatan mewah GLC NS. Serentak dengan itu semua kes korupsi berkaitan Kerajaan NS mahupun Mb senyap begitu sahaja. Laporan SPRM kes korupsi NS ke atas Azam Baki klik
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=749698559070692&id=330750857632133
Kepada Sivarasa kalau nak selesaikan isu Azam Baki selesaikan juga kes kaitan korupsi di NS kerana ia jelas ada dalang dibelakangnya melindungi. Cabar Siva turut bercakap isu Azam Baki dan kes korupsi di NS kalau berani.