• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Chegubard ditangkap polis

Sep 14, 2023
Spread the love

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan aktivis Bersatu, Badrul Hisham Shaharin, di tengah Kuala Lumpur pada malam ini.

Penahanan Badrul Hisham – yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard – disahkah Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari kepada Malaysiakini.

Difahamkan penahanan itu dibuat di luar bangunan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Penangkapan Badrul Hisham itu dibuat menjelang himpunan Selamatkan Malaysia yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini.

Bagaimanapun Ahmad Fadhli mendakwa ia tiada kaitan dengan rancangan kumpulan pembangkang berhimpun pada Sabtu ini yang juga merupakan sambutan Hari Malaysia.

“Tak ada kaitan dengan himpunan,” katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu PDRM dijangka mengadakan sidang media berhubung perkara itu pada malam ini.