• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Chegubard kecam UMNO dikendalikan secara diktator

Dec 9, 2022
Spread the love

PEMECATAN Tan Sri Annuar Musa dan dua Ketua Wanita Umno Arau dan Maran tidak mengikut proses yang betul, dakwa bekas pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Chegubard yang kini pemimpin Bersatu Johor berkata ini kerana ketiga-tiga mereka tidak diberi surat amaran dan dipanggil oleh Lembaga Disiplin Tatatertib.

“Jelas Umno kini dikendali secara diktator.

“Malah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga jelas menipu Istana guna kedudukan Presiden Umno dan Ketua Barisan Nasional (BN), namun tidak diambil tindakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Umno mengesahkan Annuar dipecat keahlian masing-masing dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata tindakan itu diambil mengikut fasal 10.6 Perlembagaan.

Dua lagi ahli Umno yang dilucutkan keahlian adalah Ketua Wanita Umno Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita Umno Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Chegubard juga mendakwa Presiden Umno mendapat taklimat daripada Datin Seri Rosmah Mansor sebelum mesyuarat MKT Umno malam tadi.

“Presiden Umno pula mendapat (arahan) taklimat Rosmah sebelum mesyuarat MKT. Satu lagi telahan benar, Kak Mah is comeback !!!,” dakwanya.

Terdahulu, pegawai isteri Datuk Seri Najib Razak itu, Rahimi Osman menjelaskan Rosmah hadir ke ibu pejabat Umno untuk bertemu Ahmad Zahid dan tiada kaitan dengan mesyuarat MKT