• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

CheGuBard merafak sembah perbetul khilaf fakta TMJ

Feb 20, 2022 ,
Spread the love

Merafak sembah dan ampun ke bawah duli HRH Crown Prince of Johor . Adanya tulisan terbuka ini bagi menjawab tulisan terbuka Tuanku yang hamba patik yakin ada kekhilafan faktanya.

Berikut ialah respon hamba patik terhadap titah posting FB Tuanku di

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=489654755850249&id=100044171872462

  1. Berdasarkan kepada sumber Laporan Sosioekonomi Johor 2019 terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia, data perangkaan yang diperoleh dari laman sesawang Invest Johor dan MyLocalStats2020 Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah dan jenis pelaburan Negeri Johor yang diluluskan dari tahun 2016 hingga 2019 seperti berikut :

a. Untuk tahun 2016, pelaburan domestik adalah sekitar RM 14.86 bilion dan pelaburan asing sekitar RM 11.54 bilion.

b. Bagi tahun 2017, pelaburan domestik sekitar RM 16.82 bilion dan pelaburan asing pula RM 5.09 bilion.

c. Tahun 2018 mencatatkan pelaburan domestik sebanyak RM 6.47 bilion dan pelaburan asing sebanyak RM 24.04 bilion.

d. Tahun 2019 pula pelaburan domestik sebanyak RM 4.91 bilion manakala pelaburan asing berjumlah RM 6.53 bilion.

e. Untuk tahun 2020, pelaburan domestik berjumlah RM 2.57 bilion manakala pelaburan asing berjumlah RM 4.20 bilion.

  1. Berdasarkan kepada statistik ini adalah jelas sekali dalam tempoh 5 tahun ini, tahun 2018 adalah tahun yang paling banyak menerima pelaburan iaitu sekitar RM 30 bilion. Bukan setakat itu sahaja, tahun 2018 juga menyaksikan peningkatan ketara dan tertinggi jumlah pelaburan asing iaitu sekitar RM24.04 bilion.
  2. Malah, zaman pentadbiran Hasni – BN yang tidak berlaku sebarang gangguan pada tahun 2020 hanya mampu mencatatkan jumlah pelaburan sekitar RM 6.77 bilion sahaja. Paling buruk dalam tempoh 5 tahun walhal Johor mempunyai sayap pelaburannya yang dikenali sebagai Invest Johor dan Hasni juga telah menubuhkan Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura.
  3. Jika tahun 2019 mahu dijadikan petunjuk kegagalan pentadbiran Kerajaan Negeri ketika itu juga adalah satu hujah yang separuh masak. KDNK Johor pada tahun 2019 mencatatkan nilai RM 134 bilion iaitu menyumbang kepada 9.4% kepada KDNK nasional dan merupakan negeri keempat tertinggi dari nilai sumbangan KDNK nasional. Manakala, bagi tahun 2018, KDNK negeri Johor berkembang sebanyak 5.6%, mengatasi purata kebangsaan iaitu 4.7%. Pada tahun 2018, projek yang diluluskan untuk sektor perkilangan bernilai RM24 bilion, merangkumi 41% daripada jumlah FDI ke Malaysia
  4. Sektor Pertanian di Johor merekodkan nilai ditambah berjumlah RM16.4 bilion pada tahun 2019 berbanding RM16.2 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Sektor ini menyumbang 12.3 peratus kepada keseluruhan KDNK Johor pada tahun 2019 dan merupakan negeri kedua terbesar yang menyumbang kepada sektor Pertanian di Malaysia dengan sumbangan sebanyak 16.2 peratus.
  5. Sektor Perlombongan dan pengkuarian di Johor mencatatkan nilai ditambah sebanyak RM701.3 juta berbanding RM687.4 juta pada tahun 2018. Sumbangan sektor ini adalah 0.5 peratus kepada KDNK Johor.
  6. Nilai ditambah sektor Pembuatan Johor direkodkan sebanyak RM40.1 bilion pada tahun 2019, meningkat berbanding RM38.3 bilion pada tahun sebelumnya. Sumbangan sektor ini kepada keseluruhan ekonomi Johor adalah 29.9 peratus. Johor merupakan negeri ketiga penyumbang utama sektor Pembuatan di Malaysia.
  7. Sektor Perkhidmatan di Johor merekodkan nilai ditambah berjumlah RM68.5 bilion pada tahun 2019, meningkat RM4.1 bilion berbanding tahun 2018. Sumbangan sektor Perkhidmatan kepada keseluruhan KDNK Johor adalah sebanyak 51.1 peratus pada tahun 2019. Sektor ini mencatatkan pertumbuhan 6.4 peratus berbanding 7.3 peratus pada tahun sebelumnya.
  8. Jikalau sektor pembinaan menjadi hujah dan alasan kononnya ekonomi Johor menguncup pada tahun 2019 juga merupakan hujah yang kurang matang. Subsektor kejuruteraan awam merupakan penyumbang utama dalam komposisi sektor pembinaan Johor iaitu sebanyak 52.7% dan berdasarkan kepada data Statistik Pembinaan Suku Tahunan, projek berasaskan fasiliti minyak dan gas bersepadu penapis minyak dan petrokimia (RAPID) merupakan penyumbang utama kepada prestasi sektor pembinaan Johor.
  9. Penguncupan dalam subsektor kejuruteraan awam dan bangunan bukan kediaman terjadi berikutan daripada beberapa projek utama telah mencapat kemajuan fizikal melebihi 90 peratus. Ini telah mendorong kepada pencapaian nilai kerja pembinaan yang lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
  10. Projek kompleks bersepadu Pengerang yang turut merangkumi RAPID telah pun selesai dilaksanakan pada tahun 2018 selain daripada Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Kahang yang baharu dan sistem agihan air dari LRA Kahang ke Bandar Kluang, Pembangunan “The Desa Desaru” dan Westin Desaru Resort, Mina Works for Phase Two (E5 Land) of R&F Tanjung Puteri, Kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan negeri, Projek-projek pembinaan perumahan & pembangunan bercampur.
  11. Walau bagaimanapun, satu fakta yang cuba ditenggelamkan adalah subsektor bangunan kediaman yang sumbangannya sekitar 21.3% dalam komposisi sektor pembinaan Johor telah mencatatkan pemulihan pada tahun 2019 dengan merekodkan pertumbuhan dua angka berbanding prestasi negatif pada tahun sebelumnya.

Sumber :

https://www.sinarharian.com.my/article/160085/EDISI/Johor-dijangka-tarik-pelaburan-bernilai-RM552-bilion-tahun-ini


https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/1_Articles_By_Themes/National%20Accounts/GDPbyState/2020/Laporan_Sosioekonomi_Johor_2019.pdf https://investjohor.gov.my/info-centre/#1505765516727-3cc52a74-9509


Hamba patik sangat berbangga dengan kesungguhan Tuanku untuk sama beri pandangan dalam mencari pendekatan terbaik pentadbiran ke arah kesejahteraan rakyat Johor dan Malaysia amnya.

Namun dalam dunia tanpa sempadan ini menjadi tanggungjawab hamba patik yang bernaung di Johor ini menyembah pandangan dan membetuk khekhilafan

Ampun Tuanku.