Calon PKR DUN Permatang, Tanjong Karang, Mohd Yahya Mat Sahri bekas banduan dipenjara 2 tahun dan dikenakan 2 sebatan.
Yahya didakwa menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd supaya mempercayai bahawa sekretariat Pakatan Rakyat sedang mencari penaja bagi sambutan 100 hari pakatan itu memerintah (semasa itu).
Bukan itu sahaja, kelicikan Yahya mendorong Presiden syarikat tersebut memberikannya RM50,000 sebagai sumbangan, di Gardenia Coffee House Hotel Quality di Shah Alam pada 4 Jun 2008. Setelah 8 tahun berlalu, barulah kes ini disabitkan di mahkamah dan Yahya didapati bersalah.
Persoalannya mudah, apakah yang mendorong PKR untuk mencalonkan semula orang yang pernah didapati terlibat dengan isu penipuan duit? Mungkinkah kerana calon PKR ini adalah orang yang benar-benar berkepentingan menggunakan duit negeri untuk kepentingan parti?
Yahya dicalonkan bagi menggantikan isterinya Rozana Zainal yang merupakan adun Permatang sebelum ini. PKR bukan sahaja calonkan penipu sebaliknya jadikan pengundi bodoh kerana politik negara seolah warisan keluarga.
Lupakah kita antara sebab Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor adalah kerana Tan Sri sangat tegas dengan penggunaan duit hasil negeri yang hanya boleh digunakan untuk kegunaan program negeri bukan tujuan parti.