SHAH ALAM, 10 ZULHIJJAH 1444H – Lapan kematian dicatatkan semalam dengan sebanyak 2,799 jangkitan kes baharu Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dengan kes baharu direkodkan itu, ia menjadikan kes keseluruhan kes Covid-19 direkodkan Malaysia kini sebanyak 4,592,710 kes.
Dalam pada itu, dilaporkan juga sebanyak 2,666 pesakit sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,521,578.
Ketika ini, 35,323 kes aktif direkodkan, dengan 34,107 atau 96.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.
Dalam pada itu, 19 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,156 (3.3%) dimasukkan ke hospital.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 41 kes dan 26 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 10.2%.
Kes kematian keseluruhan kini sebanyak 35,809 orang.