• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Croatia menduduki tempat ketiga Piala Dunia 2022, kalahkan Maghribi 2-1

Dec 18, 2022
Spread the love

CROATIA muncul pasukan ketiga terbaik Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Maghribi 2-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu.

Kemenangan itu sedikit sebanyak mengubati kekecewaan skuad The Blazers selepas gagal mengulangi pencapaian mara ke final seperti yang dilakukan pada Piala Dunia 2018 di Rusia.

Manakala bagi Maghribi, keputusan di Piala Dunia 2022 adalah pencapaian terbaik mereka apabila mampu menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik dalam temasya bola sepak terbesar dunia ini.

Croatia yang diletakkan sebagai pasukan pilihan bermula garang apabila membuka jaringan menerusi tandukan pemain pertahanan, Josko Gvardiol pada minit ketujuh.

Bagaimanapun, Maghribi tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan dua minit kemudian selepas sepakan percuma Hakim Ziyech terbias pemain tengah Croatia, Lovro Majer dan disambar Achraf Dari untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Croatia menunjukkan kualiti mereka apabila kembali mendahului menerusi sepakan lencong menarik Mislav Orsic pada minit ke-42.

Skuad kendalian Walid Regragui mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan pada babak kedua, namun ketangkasan penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic menafikan usaha pemain Maghribi. Sinar