• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Cuaca buruk di beberapa negeri hari ini

Jul 29, 2022
Spread the love

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang melibatkan enam negeri di Semenanjung pada pagi ini.

MetMalaysia dalam hantaran di Facebook, berkata keadaan tersebut diramalkan berterusan sehingga jam 9 pagi tadi.

Katanya, antara kawasan yang terlibat adalah Perak sekitar Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Di Selangor, cuaca buruk yang sama dilihat tertumpu bagi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta keseluruhan Putrajaya dalam tempoh sama.

“Hujan lebat serta ribut petir turut berlaku di Negeri Sembilan dan antara daerah terkesan adalah Seremban, Port Dickson dan Rembau,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan keadaan cuaca buruk di kesemua kawasan negeri Melaka serta beberapa di Johor seperti Tangkak dan Muar.