• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Cuba menyuburkan hedonisme, PAS desak konsert Coldplay dibatalkan

May 11, 2023
Spread the love

Ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Nasrudin Hassan menggesa supaya kerajaan membatalkan konsert kumpulan rock British Coldplay yang dijadualkan pada November ini.

Beliau mendakwa bahawa kehadiran kumpulan ini ke Malaysia seolah-olah kerajaan menggalakkan budaya menyeleweng dan hedonisme.

Dalam catatan Facebook hari ini, Nasrudin yang melampirkan gambar vokalis Coldplay, Chris Martin, sedang mengangkat bendera lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada konsert di London terdahulu.

“Saya nasihatkan (kerajaan) batalkan konsert itu. Ia tidak membawa manfaat kepada bangsa, agama atau negara,” kata Nasrudin, bekas ahli parlimen Temerloh sepenggal.

Coldplay telah mengumumkan kehadiran ke Asia dengan Malaysia dan Indonesia menjadi destinasi terbaharu mereka pada bulan November ini dalam siri jelajah dunia “Music of the Spheres”.

Persembahan pertama kumpulan itu di Malaysia akan diadakan pada 22 Nov di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini menyiarkan sebuah video yang mengalukan kehadiran Coldplay ke Malaysia sambil berkata, “Jumpa anda pada bulan November!”