• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

“Cukuplah” Tajuddin tak akan berkempen untuk UMNO

Jul 21, 2023
Spread the love

BEKAS Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak akan berkempen untuk Umno dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Ahli politik veteran itu memberitahu keputusan dibuat kerana Umno tidak memberi maklum balas terhadap rayuan menarik balik penggantungan keahliannya.

Beliau memaklumkan telah kas Ahli Parlimen mengemukakan rayuan sebanyak empat kali namun tidak dibalas dan kini tidak lagi berhasrat untuk terus merayu.

“Itulah saya cakap… bagi baliklah keris saya itu, keahlian saya itu. Penggantungan keahlian saya itu kenapa tak ada respon? Kalau nak suruh saya kempen, tapi penggantungan saya itu lepaskanlah.

“Macam mana nak buat kerja? Nak tolong (kempen) kalau saya pun ‘diikat’, kaki saya ‘diikat’, tangan saya ‘diikat’, nak buat apa?,” katanya memetik FMT.

Media sebelum ini melaporkan, Tajuddin menggesa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik penggantungan keahliannya supaya beliau boleh menggempur pesaing Umno.

“Saya dalam Umno 50 tahun, daripada jadi ketua pemuda pada usia 25 tahun. Mereka buat saya macam ini apa salah saya?

“Takkan tak boleh mengkritik, bagi pandangan, bagi nasihat, takkan tak boleh ditegur? Nak jadi apa parti kalau tak boleh ditegur?” katanya.

Sambil menyatakan tidak akan menyertai parti lain ketika ini, Tajuddin tidak kecewa dengan Umno, sebaliknya yang bersalah adalah pemimpin yang mengendalikan parti.

“Nampak pemimpin ini tak ada kepentingan parti, lebih kepentingan peribadi. Nak kedudukan, pangkat, tak fikirkan parti.

“Mereka tahu parti dalam keadaan lemah pun mereka tak kisah, mereka rasa yakin sahaja, macam sebelum PRU15.

“Jadi kerajaan menumpang pun rasa hebat lagi, apa benda ni? Di mana maruah Umno,” katanya lagi. – Malaysiapost