• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

DAP bangkrap isu – Nasrudin Hassan

Sep 10, 2022
Spread the love
  1. Sepertinya “anak bulan pilihanraya umum ke 15” hampir kelihatan apabila DAP tidak semena-mena menggali semula “kuburan lama isu dana RM90 juta” yang telah dikebumikan oleh SPRM tempohari.
  2. Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull terdahulu pada 24 Feb 2019 yang lalu telah menegaskan bahawa tiada sebarang transaksi bernilai RM90 juta dari dana 1MDB ke akaun PAS.
  3. Lebih jelas, sepanjang tempoh 22 bulan DAP berada di takhta pemerintahan negara bersama Pakatan Harapan selepas memenangi pilihanraya umum 2018 yang lalu, juga mereka gagal untuk mensabitkan sebarang kesalahan pada YB Tan Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
  4. Ternyata DAP sangat terdesak untuk bersaing dengan PAS di pasaran integriti apabila mereka terpaksa membongkar isu-isu lapuk bagi cubaan untuk menjatuhkan reputasi Presiden PAS dan merosakkan prestasi kepimpinan PAS.
  5. DAP bimbang mereka tidak berupaya memenangi sokongan rakyat dalam pilihanraya saat berdepan dengan tahap kepercayaan rakyat yang tinggi terhadap integriti PAS dan kepimpinannya.
  6. Jika tidak, masakan isu-isu lama dan basi diperhangatkan kembali. Apa lagi tujuan DAP mengangkat semula isu yang telah dinafikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak 2019 yang lalu?
  7. Selayaknya DAP terlebih dahulu berusaha membawa pemimpin mereka ke mahkamah bagi menjalani proses perbicaraan yang adil atas tuduhan rasuah yang ada bagi memulihkan reputasi DAP. Bukan meredhai pembebasan pemimpin mereka melalui proses “buang kes”.

Sekian.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/serbandililit