• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

DAP jemput PAS: Zahid kesipuan dan terus menipu

May 30, 2023
Spread the love
  1. Kenyataan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan Tan Sri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang ‘jangan nak perasan’ membayangkan presiden UMNO itu tidak ‘buat homework’ dalam menjawab isu.
  2. Hakikatnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang terlebih dahulu menjemput PAS menyertai Kerajaan Perpaduan kerana kedudukan kerajaan amat genting ketika ini dan UMNO tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu.
  3. Zahid perlu berhenti dari menipu dan terus menipu ahli UMNO mahupun rakyat. Penipuan terbesarnya adalah propaganda tidak bersama DAP dan Anwar tetapi akhirnya bersama parti yang dibenci ahli UMNO itu sejak sekian lama.
  4. Perikatan Nasional (PN) akan terus mengatur langkah bersiap sedia sebagai kerajaan yang lebih profesional dan prihatin mendengar keluhan rakyat berbanding kerajaan porak peranda PH-BN ketika ini.

Malaysia Sejahtera

YB IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS PUSAT
Ahli Parlimen Jerantut
30 Mei 2023

http://bitly.ws/G3PW