• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Data peribadi rakyat Selangor diguna tanpa kebenaran?

Aug 24, 2023
Spread the love

KECOH satu Selangor, ramai yang didaftarkan tanpa kebenaran dalam Skim Insurans Am Selangor. Ini dah dikira penggunaan data peribadi tanpa kebenaran.

Syarikat yang buat kerja ni pula Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd, 49 peratus dimiliki oleh MBI Selangor. Siapa Pengerusi MBI Selangor? Amirudin Shaarilah. Menteri Besar baru naik, yang cemas-cemas tak naik itu. Masak kau Amirudin nak jawab.

Syarikat dia pula, bak kata Haris Nasril berlapis-lapis macam kek lapis. Kau kena buka satu persatu layer dia. Baru jumpa siapa pemilik dia.

Isu ini serius wei. Sebab dia melibatkan data peribadi rakyat Selangor. Macam mana syarikat yang turut dimiliki oleh MBI Selangor, boleh benarkan benda macam ini berlaku?

Kau jangan cakap skim ini automatik untuk semua rakyat Selangor. Aku luku kepala kau nanti.

Dalam website kau orang tulis ‘dengan memilih dan mengaktifkan…’. Maksudnya penerima skim ini perlu memilih dan aktifkan polisi mereka.

Bila polisi dah aktif, baru Kerajaan Selangor akan bayar kepada pengendali iaitu Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd.

Kalau main sauk saja nama, kau dapat dari mana nama dan data peribadi itu? Itu satu hal. Kedua dana Kerajaan yang dibayar kepada syarikat itu diselewengkan secara terang-terangan.

Tapi kan dalam kecoh-kecoh itu, aku pun checklah nama aku. Aku punya nama tak ada.

Woi Amirudin, buat tahi pun, kau tinggal nama aku. Mentang-mentang aku selalu hentam kau. Diskriminasi ni.

Apa pun, kita tunggulah jawapan Amirudin Shaari selaku Pengerusi MBI Selangor yang memiliki 49 peratus saham Syarikat Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd.

Kalau dia tak jawab atau pusing-pusing kita tenyeh dia habis-habisan. Siap kau Amir!

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF