PERJUANGAN DI TERUSKAN DGN ISTIQAMAH PADA PRINSIP, DASAR DAN SYARIAT
Alhamdulillah.. Kepada Allah saya panjatkan kesyukuran kerana memberikan saya kekuatan dan iltizam untuk terus berjuang demi Agama Bangsa dan Negara, meskipun dibuang oleh Presiden Umno.
Semangat saya tidak luntur memperjuangkan aspirasi untuk melihat rakyat Kaum Pribumi, menerusi wadah politik orang Melayu dan Islam memimpin Perpaduan dan Muafakat dalam membina negara bangsa yg berbagai kaum dan menjadikan negara sebuah negara YANG harmoni sejahtera dan dirahmati.
Saya menghargai aspirasi rakyat saperti yang dibuktikan dlm PRU 15 dimana sokongan kuat di berikan kpd parti parti Pribumi saperti PAS, BERSATU, GPS, GRS DAN UMNO sehingga mendapat cukup bilangan membentuk kerajaan pimpinan PARTI PARTI PERIBUMI.. Gabungan parti parti ini semuanya menolak parti haluan sosialis dan liberal spt DAP dan PH.
Malangnya Pemimpin Umno, telah menodai mandat rakyat dan kehendak majoriti dengan melarikan sokongan melalui pelbagai manipulasi dan muslihat utk memberi sokongan kepada parti sokongan minoriti berideologi sosialis dan liberal, dan membiarkan Perpaduan dan Muafakat Majoriti Peribumi berkecai.
Tindakan ini yg semakin melumpuhkan umno, serta menjadikan umno semakin tidak releven dan tidak lagi mempedulikan asas perjuangan nya, tetapi menjadi alat kepentingan individu tanpa mempedulikan perasaan dan harapan orang Melayu yg menyokongnya.
Tidak syak lagi, umno pimpinan semasa, telah BELOT kpd perjuangan dan lari dari tanggung JAWAB memimpin Perpaduan dan Penyatuan Orang Melayu..
Umno memilih menjadi sekadar murid bukan guru, menjadi pengikut dan pelengkap.. KING MAKER kpd sosialis dan liberal bukan lagi pemacu nasionalisma Melayu dan Islam.
JUSTERU ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM PERLU SEGERA DISATU PADUKAN DI BAWAH PANJI PANJI PERJUANGAN YG LEBIH ISTIQAMAH DAN LEBIH JUJUR MENJUNJUNG AGAMA BANGSA DAN NEGARA..
PILIHANNYA ADALAH PAS.
PAS perlu segera di angkat menjadi teras utama perjuangan ummah dgn prinsip perjuangan yg lebih luhur dan berterangkuman. INSYAALLAH
Bersatulah wahai kaum muslimin dan Peribumi bersama rakan dan sahabat pelbagai kaum dan bangsa dlm negara tercinta…membawa keadilan dan kesejahteraan buat semua.