
SHAH ALAM, 23 DISEMBER 2021 – Prihatin dengan nasib yang menimpa ribuan mangsa banjir di negeri Selangor, seramai 100 sukarelawan dari Perak dihantar untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas.
Mereka bersama pelbagai buah kenderaan membawa barangan keperluan asas dapur dan pembersihan.
Persuruhjaya PAS Perak, YB Haji Razman Zakaria juga merupakan Exco Perladangan turut menzahirkan rasa simpati kepada sahabat-sahabat, keluarga-keluarga yang ada di Selangor dan juga negeri-negeri lain yang menghadapi bencana yang kita tak jangka langsung.
Sejak semalam lagi Skuad Perak dah mula memasak untuk menyediakan 600 bungkus makanan untuk pagi, tengahari, dan malam. Dapur rakyat ini untuk membantu meringankan lagi beban mangsa banjir.
Jabatan Amal Malaysia Perak diketuai Pesuruhjaya PAS Perak YB Haji Razman Zakaria turun membantu melakukan kerja-kerja pembersihan Masjid Al Amin Batu 9 Kebun Baru Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor petang semalam sejurus tiba ke Kampung Medan Sijangkang.
Dalam kesempatan itu, Pak Teh turut berkongsi rasa terharu kepada para amilin Perak yang berkorban masa dan tenaga untuk turun membantu mangsa banjir di Selangor.

