Janji Buku Harapan Manifesto PH cukup hebat “BERJANJI TIADA LAGI DIRECT NEGO.” – “Kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar.” (Halaman 71).
Hakikatnya baru perintah selama 22 bulan, 101 projek bernilai RM6.61b dilakukan secara rundingan terus.
Apa yang didedahkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz jelas bertentangan dengan janji dan manifesto DAP ketika meraih undi berkempen pada PRU-14 yang terang-terangan memperdayakan rakyat dengan penipuan ini.
Saya mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat perkara ini agar sebarang penyelewengan dapat dibongkar buat pengetahuan rakyat.
Apa yang ingin kita bangkitkan adalah tentang perangai sebenar DAP selama 22 bulan menipu rakyat Malaysia kononnya kerajaan PH mentadbir negara dengan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Yang Dipertua
PAS Kawasan Shah Alam
25 Ogos 2020