• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Dr Mahathir tubuh parti Melayu baharu, Mukhriz Presiden

Aug 7, 2020 , ,
Spread the love

Tun Dr Mahathir Mohamad, Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) petang ini mengumumkan penubuhan sebuah lagi parti Melayu baharu. Beliau dilantik sebagai Pengerusi parti itu sementara anaknya, Datuk Seri Muhkriz Mahathir pula sebagai Presiden.

Sinar Harian melaporkan Dr Mahtahir menjelaskan parti itu tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran sama ada Pakatan Harapan ataupun dengan Perikatan Nasional.

“Bagaimanapun kita belum tentukan nama parti itu lagi. Seperti biasa kita akan rujuk kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan harap RoS tak akan halang nama yang dipilih,” katanya pada sidang media di Yayasan Al Bukhary di sini sebentar tadi.

“Parti yang asalnya menentang kleptokrasi kini sudah bekerjasama dengan kleptokrasi.

“Adalah diharap ahli baru yang pilih untuk bersama kami akan menjadi ahli dalam parti baharu ini,” katanya.

Malaysia Gazette pula melaporkan parti itu akan jadi kuasa ketiga dalam politik negara.

“Kita bebas dan boleh buat keputusan untuk sertai mana-mana parti,” katanya dalam sidang media di Yayasan Al Bukhari hari ini.

Awal hari ini, bekas Perdana Menteri itu dikhabarkan ingin menubuhkan sebuah parti baharu dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, pihaknya belum memutuskan nama parti dan lambang parti berkenaan bagaimanapun akan berkisar tentang ahli daripada Melayu dan Bumiputera.

“Kita belum tentukan lagi nama parti, dan harap RoS (Pendaftar Pertubuhan) dapat terima cadangan parti ini.

“Kita jangka akan berdepan masalah dengan RoS. Kita harap kerajaan (menerusi RoS) berani untuk meluluskan permohonan parti baru ini kerana mereka (kerajaan) terlalu takut dengan kita dan cuba untuk membeli kami sahaja,” katanya.

Ditanya sama ada parti baharu itu akan bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Mahathir berkata;

“Kami tidak mahu kerjasama dengan sesiapa kerana (Warisan) ada bantahan daripada pihak mereka,” katanya lagi.