• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Dr Noor Hisham bersara esok

Apr 19, 2023
Spread the love

SELEPAS berkhidmat selama 35 tahun dalam bidang kesihatan, wira negara bagi melawan Covid-19, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan mengakhiri khidmatnya esok.

Susulan itu Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Timbalannya, Lukanisman Awang Sauni semalam hadir Majlis Persaraan Bakti Disanjung Budi Dijunjung Dr Noor Hisham di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut KKM, majlis tersebut sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas khidmat bakti dicurahkan Dr Noor Hisham sepanjang perkhidmatan beliau.

Dr Noor Hisham mula menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan pada Ogos 1988 dan menyambung pengajian kepakaran dalam bidang pembedahan endokrin di Australia.

Beliau merupakan pakar bedah endokrin di Hospital Putrajaya.

Dr Noor Hisham dilantik Ketua Pengarah Kesihatan sejak tahun 2013 dan akan bersara wajib pada esok.