• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Dr. Rosni Adam bakal calon Parlimen P119 Titiwangsa

Oct 22, 2022 ,
Spread the love

PAS Kawasan Titiwangsa akan meletakkan bakal calonnya mewakili Perikatan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 15 yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi.

Beliau yang dimaksudkan ialah Dr. Rosni bt Adam, seorang doktor pergigian. Berumur 52 tahun. Dalam PAS beliau memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang mengetuai Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat, selain Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Beliau tidak asing dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan di seluruh negara.

Pagi tadi, kami PAS Kawasan Titiwangsa mewakili Perikatan Nasional telah membawa Dr Rosni berkunjung ke Pasar Taman Maluri untuk bertemu dengan pengunjung serta peniaga pasar terbabit bagi suaikenal awal kepada para pengundi.

Beliau sangat mudah mesra dengan orang ramai walaupun baru pertama kali berjumpa. Ia mengingatkan kami kepada Al-marhumah YB Dr. Lo” lo’ yang pernah berkhidmat menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa selepas Pilihanraya Umum tahun 2008 yang lalu.

Insya Allah, legasi almarhumah YB Dr. Lo” lo’ Dato’ Hj Mohd Ghazali serta YB Dato’ Seri Rina Harun selaku wakil rakyat Titiwangsa sebelum ini akan diteruskan oleh Dr. Rosni bt Adam mewakili Perikatan Nasional.

Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan perjuangan ini. Amin.