Ramai yang masih tertanya. Mampukah dua exco PAS menguruskan dua portfolio baru yang di tinggalkan kepada mereka di Perak. Bagi yang melihat PAS parti lebai tanpa kenali latarbelakang keduanya pasti mereka curiga dengan kemampuan dua exco PAS Perak dengan portfolio tersebut.
Saya masih ingat ketika kemenangan PAS bersama APU di Kelantan, berbagai tohmahan di lontarkan. Almarhum TGNA dengan watak tok guru pondok sangat di curigai dan di pandang sinis. Kelantan di beri tempoh tiga bulan untuk gagal membayar gaji kakitangan negeri.
Orang luar yang datang ke Kelantan ada yang bawa beras kerana propagila yang di buat kerajaan BN pimpinan Tun M ketika itu. Kelantan bertahan dan kian teguh dengan pembangunan infrastruktur dan cemerlang dalam pengurusan negeri hingga kini.
Apabila saya bertanya YB Hj Razman tentang portfolio yang di sandangnya. Dengan penuh yakin beliau menjawab, kita akan hijaukan bumi Perak untuk manafaat rakyat. Jawapan yang memberi segnifikasi yang sangat luas pengertiannya.
Perak bumi yang luas dan masih banyak ruang untuk membangunkan sektor pertanian. Kebetulan beliau memikul portfolio yang terpaksa mengisi keperluan rakyat berkaitan kes daging import yang menggegarkan negara awal minggu ini. Ia seakan peluang yang terbuka.
Dalam tempoh singkat membincangkan halatuju amanah baru yang di pikul, ternyata terlalu banyak kerja yang perlu di buat dalam masa yang sangat singkat. Bak kata assyahid Hassan al Banna ” kewajipan kita lebih banyak dari masa yang ada”. Begitulah apabila tugas dilihat sebagai amanah dan bukannya peluang mengisi kekayaan peribadi, pasti di permudahkan Allah.
Saya belum berkesempatan bertemu YB ustaz Akmal yang juga di amanahkan tugasan baru. Beliau sempat menalifon saya berbincang beberapa perkara. Dari sembang ringkas itu saya juga nampak kesungguhan dan kesediaannya memberi khidmat cemerlang melestarikan alam sekitar. Jika di tanya. Mungkin beliau juga akan berkata.. Kita akan pelihara dan indahkan alam sekitar kita dengan kehijauan.
Benih yang baik pasti akan subur. Malah jika hanyut di lautan sekalipun tetap menjadi pulau. Kini kedua exco PAS akan “menghijaukan bumi Perak” melalui portfolio mereka.
FHOAS
271220
IPOH