• Fri. Oct 4th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Dua mesin ATM AmBank Setia Alam diletup penyamun

Feb 23, 2023
Spread the love

SHAH ALAM: Dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) diletupkan penjenayah di sebuah bank di Setia Alam di sini, awal pagi  tadi.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya di lokasi kejadian.

“Ada berlaku kejadian mesin ATM diletupkan penjenayah di Setia Alam.

“Namun, siasatan lanjut sedang dijalankan dan perkembangan akan dimaklumkan nanti,” katanya hari  ini.

Tinjauan pemberita mendapati sepasukan polis termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Pemusnah Bom turut berada di lokasi berkenaan. 

Kawasan premis perniagaan itu ditutupi garisan polis bagi proses siasatan lanjut.