• Fri. Oct 4th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

DUN Kelantan bubar 22 Jun ini

Jun 14, 2023
Spread the love

PENGISYTIHARAN PEMBUBARAN DEWAN NEGERI KELANTAN BAGI PENGGAL KE EMPAT BELAS

Adalah saya, setelah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V bagi memohon ampuni perkenan untuk membubarkan Dewan Negeri Kelantan Bagi Penggal Yang Ke Empat Belas.

Bahawasanya, menurut Fasal (2) Perkara 46 Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Pertama) memperuntukan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh memberhenti atau membubarkan Dewan Negeri.

Maka oleh yang demikian, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dalam menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Fasal (2) Perkara 46 Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Pertama) telah mengampuni perkenan untuk membubarkan Dewan Negeri Kelantan pada hari Khamis 03 Zulhijjah 1444H bersamaan 22 Jun 2023.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Bentara Kanan
Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob
Menteri Besar Kelantan

25 Zulkaedah 1444
14 Jun 2023.