• Thu. Feb 22nd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Eizlan Yusof bakal sertai PAS?

Jun 9, 2023
Spread the love

PELAKON dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof, yang pernah bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam atas tiket Pejuang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, dikatakan bakal menyertai PAS.

Spekulasi itu susulan tersebar gambar beliau bersama beberapa pemimpin politik daripada Perikatan Nasional (PN) dan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.

Pelakon itu juga dilihat menerima kad keahlian Kelab Motosikal Alternative Rising Club (ARC) iaitu sebuah kelab motosikal ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Eizlan dalam satu kenyataan bagaimanapun enggan memberi komen dakwaan bakal sertai PAS.

Sebaliknya, katanya, beliau cuma melunaskan tanggungjawab diamanahkan MN.

“Saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara itu (masuk PAS). Tunggu saja pengumuman berkaitan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.

“Buat masa ini saya hanya menjalankan tanggungjawab kerana diberi kepercayaan oleh Tan Sri Annuar untuk bersama MN yang berperanan sebagai platform NGO melaksanakan program dan aktiviti ke arah kemuafakatan, perpaduan serta tanpa bersifat perkauman,” katanya