• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Elak memfitnah, kata mengata dalam berkempen – Ustaz Dusuki

Oct 18, 2022
Spread the love

KUALA LUMPUR – Perbuatan memfitnah dan mengata parti lain semasa berkempen demi meraih undi perlu dielak kerana ia mencerminkan akhlak dan peribadi parti itu sendiri.

Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, individu yang menyebarkan fitnah tentang parti lain dan mengeluarkan kata-kata kesat semasa berkempen tidak layak diundi sebagai pemimpin.

Sebaliknya beliau berkata, parti politik perlu lebih fokus menyebut tentang kebaikan partinya menggunakan bahasa yang baik seterusnya menunjukkan komitmen yang berterusan untuk membantu rakyat.

“Semua pengundi sekarang berpelajaran, jadi siapa yang suka memaki dan mencaci, tidak perlulah pilih parti tersebut. Demikian juga parti yang membawa fitnah dan tuduhan serta penipuan kepada masyarakat contohnya manifesto yang menipu,” katanya kepada Bernama.

Ketika ditanya mengenai panduan berpolitik secara Islam, beliau berkata Rasulullah SAW merupakan panduan yang jelas iaitu ajaran al-Quran dan hadis perlu diterapkan dalam peribadi seorang pemimpin selain perlu belajar tentang siyasah syar’iyah (cara mentadbir kerajaan berasaskan undang-undang Islam).