• Tue. May 30th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Empat negeri terima amaran cuaca buruk pagi ini

Oct 14, 2022
Spread the love

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di empat negeri sehingga jam 10 pagi ini.

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook, memaklumkan negeri dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Perlis, Kedah, Perak dan Sabah.

Di Kedah, membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Pedang. Di Perak ialah Larut, Matang, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar manakala di Sabah membabitkan Tawau.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut kenyataan itu.