• Fri. Oct 11th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Enam MP PN berlepas ke Turkiye untuk misi bantuan

Mar 2, 2023
Spread the love

Seramai enam ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan berangkat ke Turkiye bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi di republik itu dan Syria.

Kesemua mereka yang diketuai Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8 malam Khamis dengan disertai enam sukarelawan daripada PasRelief dan Sekretariat Aid4 Turkiye Syria.

Pengerusi Sekretariat Aid4 Turkiye Syria, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia adalah misi kedua setelah yang pertama pada 16 hingga 22 Februari lalu dan akan memberi tumpuan kepada lokasi Hatay dan Kahramanras di Turkiye.

“Bantuan berfokus kepada program seperti membina semula lima buah rumah sederhana kekal daripada kontena yang bernilai RM30,000 sebuah. Kos diperuntukan untuk bantuan ini adalah sebanyak RM150,000.

“Kami juga, menyalurkan bantuan makanan dan pakaian untuk musim sejuk yang akan dihantar di kawasan sempadan dua negara terbabit. Peruntukan bantuan ini bernilai RM200,000.

“Anggaran kos keseluruhan yang diperlukan bagi kedua-dua program ini adalah sebanyak RM3 Juta. Sekretariat telah menyusun beberapa pelan bantuan dalam tempoh yang terdekat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, buat masa ini, sebanyak RM350,000 telah diperuntukan dalam misi bantuan ini hasil daripada sumbangan ahli Parlimen PN dan juga orang ramai.