• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

EXCO Selangor kantoi cuba fitnah Kelantan isu angka HIV tertinggi

Dec 16, 2022 ,
Spread the love

𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗬𝗕, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗛𝗜𝗩!

Kita terkejut kerana umum mengetahui bila mana warga Twitter benar-benar terpesong jauh dalam naratif HIV tertinggi di negeri-negeri cuba dipalitkan di Kelantan.

Ia menjadi lebih mengecewakan bila mana sosok Exco Kesihatan Awam, Wanita dan Pembangunan Keluarga Kerajaan Pakatan Harapan Selangor, YB Dr Siti Mariah Mahmud telah dengan sengaja mengulang ciapan tentang kesalahan dan tuduhan angka HIV dan Aids tertinggi adalah di Kelantan.

Sudahlah Twitter ini lubuk tegar penyokong “libertards” dan tegar Pakatan Harapan bersarang dan melakukan ciapan dengan fitnah semberono tanpa perlu bimbang Menteri Komunikasi & Digital (KOMEDI) YB Fahmi Fadzil akan bertindak tegas seperti mana di TikTok.

Nah, bertambah buruk budaya politik adu domba dan fitnah dilakukan oleh seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Mana nak letak muka ni YB Dr Siti Mariah?

Bersandarkan ciapan di akaun Twitter QGenAnalysts, data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan secara jelas Selangor mencatatkan pecahan kes HIV tertinggi sebanyak 30% diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 17% dan Pulau Pinang 9 % .

Rujuk gambar rajah lampiran ya!

Paling sadis ialah peratus meningkat daripada tahun 2000 sehingga 2021 adalah disebabkan hubungan seksual songsang gay sesama lekaki, heteroseksual (berlainan jantina) adalah 2 penyumbang terbesar statistik peningkatan.

Sewajarnya seorang Exco Negeri Selangor seperti YB Dr Siti Mariah wajar lebih berhati-hati dan bukan bertindak bermain Twitter sewenang-wenangnya.

Lidah memang tidak bertulang YB, bahkan jari-jemari yang liuk lentuk itu lebih berbahaya bila kadangkala seorang Exco Negeri Selangor mengiyakan semata ciapan yang terang-terangan memalukan negeri Selangor sendiri bila mana kita memeriksa angka dan dapatan kajian KKM.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa terpanggil menyatakan kekesalan dan kecewaan kerana sebuah negeri paling maju dengan rezab tunai negeri berbillion sewajarnya perlu lebih fokus akan permasalahan ini.

Kita melihat isu kecelaruan sosial dan aktiviti seksual songsang wajar dibendung dan kerajaan negeri wajar bertindak lebih serius dan usah menuding jari apatah lagi menembak semberono terhadap negeri lain.

Tiada “standard” langsung ya YB Dr Siti Mariah!

Sudah sampai masanya rakyat Selangor dan orang muda melihat cara kerja dan politik pemimpin di negeri Selangor Darul Ehsan.

Anak muda memerhati kerajaan negeri Selangor ya YB Dr Siti Mariah!

Mohamed Sukri Omar
Dewan Pemuda PAS Selangor
15 Disember 2022