KENYATAAN PERMOHONAN MAAF MUHAMMAD AL HANIF BIN MAH HASSAN
Saya, Muhammad Al Hanif bin Mah Hassan adalah pemilik akaun Facebook di bawah nama “Muhammad Al Hanif Hassan” dan merupakan pengarang kepada hantaran bertarikh 28.04.21 yang diterbitkan di akaun Facebook saya yang berbunyi :
“Nasib baik puasa. Sungguh aku puasa.
Ada juga dua tiga kerat agamawan yg masih percaya pada Kamarul ni. Lekeh sngt ke akal tu?
Cakap bab hadis, cakap usul fiqh, cakap muamalat berdegar tp benda simple mcm ni pon xleh fikir.
Hinggakan budak tu jadi mangsa fitnah agamawan pseudo akademia penunggang agama.
Ada yg tahap PhD pon lekeh betul. Jenis pemikiran mcm sentimen BMF hari tu lah. Smpai mangsa kena bersama buat sidang media khas utk menafikan fitnah.
Raja Perlis pon si Kamarul ni nk fitnah? Lepas tu delete status.
Mcm mana org nk respect agamawan, kalau mcm ni dangkal akal?”
Saya dengan rendah diri, ikhlas dan suci hati tanpa sebarang paksaaan dan tanpa pengakuan terhadap liabiliti memohon maaf kepada Dr. Kamarul Zaman bin Hj. Yusoff kerana hantaran saya bertarikh 28.04.2021 tersebut adalah tidak benar terhadap Dr. Kamarul dan telah mengguris perasaan dan/atau mengaibkan nama Dr. Kamarul.
Saya juga menarik balik dan akan memadam hantaran saya bertarikh 28.04.2021 tersebut serta berjanji tidak akan menerbitkannya kembali atau menerbitkan apa-apa kenyataan yang seumpama dengannya pada masa hadapan.
MUHAMMAD AL HANIF BIN MAH HASSAN
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=107256731772955&id=100074658854943