• Sat. May 17th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Faktor kemasalahan dan keselamatan rakyat, PRU-15 bukan pilihan terbaik – Agong

Aug 16, 2021 , ,
Spread the love

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan satu pilihan terbaik atas faktor kemasalahan dan keselamatan rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka berkenan menerima sembah maklum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa sehingga Ogos lalu, sejumlah 613 kawasan ADUN, 484 kawasan Parlimen adalah kawasan zon merah Covid-19.

“Pada masa sama, Seri Paduka turut mengambil maklum bahawa fasiliti-fasiliti kesihatan negara berada pada situasi yang membimbangkan.

“Justeru pada hemat Seri Paduka, pelaksanaan PRU-15 bukan satu pilihan terbaik atas faktor kemasalahan dan keselamatan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

–Sumber UTUSAN ONLINE-