• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Fenomena El Nino burukkan jerebu di Malaysia

May 30, 2023
Spread the love

KUALA LUMPUR – Bahang panas yang meresahkan sebahagian besar penduduk negara ini sejak kebelakangan dikaitkan dengan fenomena El Nino dengan ancaman jerebu, dan dilaporkan turut memberi impak kepada negara lain Asia Tenggara.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca panas terik serta kualiti udara menurun kepada paras ‘tidak sihat’ pada 15 April lepas serta memberi kesan kepada negeri di bahagian utara iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Negara jiran Malaysia melaporkan peningkatan ‘titik panas’ serta jerebu akibat El Nino, ditambah berlaku kebakaran, terutamanya di kawasan tanah gambut.

Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) turut melaporkan titik panas yang merebak di Myanmar dan Laos di samping lokasi titik panas di Thailand, Kampuchea dan Vietnam.Advertisementhttps://www.sinarharian.com.my/article/260903/berita/nasional/el-nino-burukkan-jerebu-di-malaysia

Memandangkan cuaca kering yang masih berterusan di samping jerebu yang membawa asap tebal dari titik panas ke negara jiran ASEAN, sudah tentu Malaysia akan turut terkesan.

Pensyarah kanan Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir berkata, sepanjang El Nino, angin yang bertiup ke arah barat sepanjang Khatulistiwa menjadi perlahan dan air hangat ditolak ke timur, menyebabkan suhu permukaan lautan menjadi panas.

“Menurut Copernicus Climate Change Service, Kesatuan Eropah (EU), model iklim menunjukkan kembalinya keadaan El Nino pada musim panas Borea, serta kemungkinan El Nino yang lebih kuat berlaku pada penghujung tahun 2023.