Fenomena Istiwa A’dzam akan berlaku pada 28 Mei 2023 , Ahad bersamaan 8 Zulkaedah 1443H – 5:18 PM (waktu Malaysia).
Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.
Peralatan yang diperlukan:
- Kayu lurus (Sebaiknya yang ada tapak @ boleh berdiri tegak)
- Masking Tape
- Pen Marker
Cara-cara:
- Pada 28 Mei 2023 Ahad (hari ini), tepat jam 5.18 petang.
- Pacakkan / Letakkan kayu lurus tegak tersebut (90 darjah) di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang).
- Pastikan hari tidak mendung/hujan.
- Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat pada jam ditentukan.
- Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang2 kayu tersebut.
- Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di arah bertentangan.
- Selesai tanda arah kiblat yang tepat.
Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim (mst.sirim.my)
Setelah siap tanda arah kiblat, boleh lah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti).
Jika terdapat perbezaan kiblat di masjid / surau, sila rujuk Pegawai Falak, Jabatan Mufti Negeri untuk maklumat lanjut.