• Fri. Oct 4th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Fitnah terhadap Pesuruhjaya, PAS Selangor arah 22 Kawasan buat laporan polis

Mar 22, 2023
Spread the love

KESAL DENGAN KENYATAAN FITNAH BERBAUR HASUTAN TERHADAP PESURUHJAYA PAS SELANGOR

PAS Selangor kesal dgn fitnah yang berbaur hasutan yg mahu mencetuskan syak wasangka dan ketegangan antara kaum ketika umat Islam berada di ambang bulan Ramadan Mubarak ini.

Bagi meredakan situasi ketegangan ini, pihak Polis dan SKMM digesa untuk menyiasat dan bertindak tegas ke atas ‘FAKE ACCOUNT’ yang menggunakan nama Harakatdaily di laman facebook termasuk menutup laman akaun palsu itu daripada dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan suasana huru-hara di negara ini amnya.

PAS Selangor juga mengerah kesemua 22 PAS Kawasan seluruh negeri Selangor agar membuat laporan polis terhadap fitnah yang dikeluarkan di laman facebook yang menggunakan akaun palsu Harakatdaily terhadap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang telah menggugat keharmonian antara agama dan kaum di negeri ini melalui komen-komen yang berbaur hasutan dan mencetus huru-hara.

HAJI ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor