
SHAH ALAM, 18 JULAI 2021 – Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor melalui Sekretariat Pejabat Perhubungan dibawah kelolaan Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir selaku Setiausaha BPPNS telah menyampaikan ‘food basket’ yang dikumpulkan di bawah program Tabung Asnaf dan Murobitun kepada 10 orang penerima pagi tadi.

Bakul barangan asas adalah seperti beras, telur, minyak telah diserahkan. Bantuan diberikan, hasil sumbangan yang di salurkan ke Tabung Bencana Covid-19 Khidmat Malaysia.
Diakhir program Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir menyeru orang ramai untuk menyumbang demi membantu golongan asnaf yang terkesan di waktu pandemik ini.
