• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Formula harga minyak sekarang dah terbaik, itu pun ikut formula saya dulu – Rafizi

Dec 6, 2022
Spread the love

KULIM, 6 Disember-Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan formula untuk menentukan harga minyak pada ketika ini adalah kekal terbaik.

Menurutnya, formula tersebut perlu dikekalkan buat masa ini kerana ia mengambil kira perubahan harga minyak mentah dunia selain perlu mengambil kira berapa harga siling yang patut dikenakan.

“Formula sekarang ini pun formula saya yang dulu. Saya rasa formula tersebut masih kekal terbaik kerana mengambil kira perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil kira harga siling. ia bukan soal formula, ia soal keadaan ekonomi sekarang”, katanya kepada media.

Tambahnya lagi, kerajaan juga perlu melihat sama ada tindakan menambah peruntukan bagi menurunkan harga minyak berbaloi atau sebaliknya berbanding menggunakan peruntukan itu untuk aktiviti ekonomi lain yang boleh memberi kesan berganda.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Ceramah Mega Ayuh Malaysia Padang Serai, malam tadi.

Ketika ini, harga mingguan RON95 dan Diesel masing-masing kekal RM2.05 sen dan RM2.15 sen seliter.

Manakala RON97 mencatatkan penurunan sebanyak 10 sen kepada RM3.85 sen seliter.

  • RTM