Kecewa!
Kecewa!
Kecewa!
Kami, barisan hadapan punyalah bersengkang mata, berpenat lelah dan berkorban masa rehat demi merawat dan menjaga rakyat di fasa pandemik ini, senang-senang kalian langgar SOP buat demonstrasi di jalanan.
Mana yang kononnya sayang pada barisan hadapan? Mana yang kononnya perjuangkan kebajikan rakyat?
Wayang!
Kalau betul fikir pasal rakyat, kalian akan cuba disiplin patuh SOP, kekal di rumah dan tidak cuba menjadi punca kluster atau penyebar virus.
Ya. Kalian marah dengan kerajaan. Tapi, janganlah sampai membahayakan nyawa orang lain. Kenapa bebal sangat?!
Kami penat tahu tak?!
Kalian sibuk laungkan salah kerajaanlah, kerajaan pembunuhlah, kerajaan gagallah. Kalian cermin tak diri kalian? Kalian faham tak sebenarnya keadaan sekarang? Kalian yang ramai-ramai turun ni, sedar tak bahawa kalian ditunggang oleh pihak berkepentingan?
Dan apa sebenarnya kesudahan yang kalian harapkan daripada demonstrasi ini? Kerajaan jatuh? Lepas tu, siapa nak ganti? Tambah bila timbul pula konflik pelantikan baru, macam mana pemfokusan pada kes COVID? Siapa yang nak bertanggungjawab?
Sesungguhnya tindakan kalian ini sia-sia! Semangat kalian wayang! Kata-kata memperjuangkan rakyat dan barisan hadapan, hanyalah senjata untuk raih kepentingan nafsu kalian.
Sudah-sudahlah permainan politik kotor sebegini. Sedarlah bahawa COVID itu sedang aktif di sekeliling kita. Tersalah langkah, habis Negara. Kalau betulpun seperti dakwaan kalian bahawa kerajaan pembunuh, habis, kalian pun nak jadi pembunuh juga ke?
Otak mana otak?!
Siti Aminah
Frontliners yang terus bersabar
https://m.facebook.com/100069277584737/posts/130547179264534/?d=n