• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Gabriel-Syafiq menang pingat perak papan anjal seirama

Spread the love

Gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Gabriel Gilbert Daim melakar kejutan di Birmingham hari ini apabila menghadiahkan pingat perak dalam saingan 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki.

Kejayaan itu pastinya mengejutkan kem terjun sendiri kerana mereka turun bukan sebagai pilihan, dan tumpuan utama sebenarnya lebih terarah kepada pasangan berpengalaman, Ooi Tze Liang-Chew Yiwei.

Begitupun, Syafiq-Gabriel berjaya melakukan terjunan yang baik untuk mengumpul 376.77 mata menerusi enam terjunan.

Pingat emas dimenangi pasangan tuan rumah, Anthony Harding-David Jack Laugher dengan 438.33 mata, manakala gangsa milik Samuel Fricker-Li Shixin dari Australia menerusi 374.52 mata. Tze Liang-Yiwei hanya mampu menduduki tempat kelima dan terakhir.

Ini pingat pingat perak ketiga buat kontinjen negara di Birmingham selepas Muhammad Erry Hidayat memenanginya dalam saingan angkat berat  73 kilogram dan pingpong berpasukan wanita.

Setakat hari ini, Malaysia sudah memenagi tiga pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa.