• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

‘Game Changer’ politik Malaysia

Dec 1, 2022
Spread the love

“GAME CHANGER” POLITIK MALAYSIA

Dalam PRU kali ini, rakyat Malaysia terpaksa menunggu sehingga 5 hari untuk mengetahui siapakah Perdana Menteri Malaysia mereka.

Pada awalnya PN telah pun menghantar bilangan SD yang cukup untuk menyokong TSMY sebagai calon PM-10 termasuk daripada BN dan GRS.

Namun tindakan BN yang memohon untuk melanjutkan tempoh masa dan usaha UMNO merealisasikan jajaran baharu “deal of century” antara DS Anwar dan DS Zahid Hamidi telah melengahkan dan merumitkan lagi proses pelantikan PM di negara ini.

Sebaliknya, pihak yang signifikan di Borneo telah memainkan peranan yang lebih baik ketika itu adalah GRS dan GPS berbanding UMNO.

Kekuatan kuasa politik mereka yang solid dengan jumlah kerusi yang dimenangi di Sabah dan Sarawak memberikan mereka ruang sangat luas untuk konsisten membawa sebahagian besar suara rakyat Borneo.

Masing-masing telah memenangi jumlah kerusi majoriti di Sabah dan Sarawak. Pencapaian ini jauh lebih baik daripada UMNO yang hanya mampu mendapat 26 kerusi. Rekod terburuk setakat ini.

Hakikatnya, “game changer” yang sebenar untuk membentuk kerajaan pada hari ini adalah GPS dan GRS.

Demi kebaikan dan kepentingan rakyat di Borneo, GPS dan GRS perlu untuk diberikan jumlah yang besar dalam komposisi kabinet dengan posisi jawatan utama dan menteri kanan.

Dengan peluang yang besar melalui ruang kebinet yang ada insyaAllah kebajikan dan hak Borneo bakal dipelihara.

Sekian