Air Selangor ingin memaklumkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg. Semenyih) berikutan pencemaran bau diesel yang telah dikesan di Sungai Semenyih.
Berikutan henti tugas LRA Sg Semenyih ini, sebanyak 463 kawasan di lima (5) wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada para pengguna yang terlibat. Sebanyak 81 lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan premis-premis kritikal.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di
www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.